Hujan yang turun membasahi bumi
| Memang benar seorang mu'min memerlukan peringatan. Kerana memang tabie manusia, akan sentiasa lupa apa yg pernah dipelajarinya. Kerana itulah Allah telah berfirman di dalam perkataan pertama yg diajarkannya kepada RasulNya yg sesetengah ulama' mentafsirkan bukan sahaja sebagai bacalah, tetapi pelajarilah. Maka perintah itu menyuruh manusia sentiasa mempelajari apa2 yg dapat meningkatkan dirinya. Sempit jika dilihat dari segi ilmu universiti sahaja, tetapi yg sewajarnya adalah mempelajari kembali apa yg telah dilupainya akan tujuan kehidupannya di dunia ini. Tika ini aku diingatkan bahawa setiap ummat muhammad membawa tugas Rasul, mereka menyampaikan apa yang disampaikan oleh Rasul, mereka mengikuti jalan yg dilalui oleh Rasul dan hidup di dalamnya. Hal ini tidak mungkin terjadi jika daie itu hanya mengikuti sunnah2 Rasul kecintaan mereka dgn kosong. Mereka perlu menjiwai apa yg dirasai oleh Rasulullah ketika membawa cahaya Allah utk disiram ke dalam hati2 manusia. Mereka perlu merasai suka dan duka Rasulnya di dalam jalan dakwah. Mereka perlu menjiwai prihatin Rasul mereka terhadap mad'u2 yg masih ditenggelami kegelapan kejahilan. Ini yg lebih penting utk diikuti oleh orang beriman daripada sekadar mengikuti cara pakai, dan perbuatan2 nya. Jika kamu cinta kepada seseorang maka kamu akan cuba utk menyenangkan hatinya terhadapmu. Apakah yg lebih baik dapat kita buat utk membuktikan cinta kita kepada Allah dan RasulNya selain dari melaksanakan apa yg dicita2kan oleh Rasulullah yang masih belum tercapai, iaitu cahaya Allah memadamkan kejahilan manusia di seluruh alam. Inilah jalan mulia yg telah ditelusuri oleh para sahabat dengan iman yg membara. Saidina Muadh memahami tujuan ini apabila Rasulullah mengungkapkan cintanya kepada beliau lalu menyampaikan hasratnya utk menghantar Muadh ke Yaman untuk da'wah. Cinta ini tidak akan kita perolehi jika kita duduk diam di rumah, dan hanya memikirkan soal diri, dan diri, dan diri. Yang kita nampak hanya kejayaan sementara, bagaimana mengumpulkan wang yg banyak, bagaimana dilihat hebat dimata manusia, masa ini kepunyaan ku, maka biarlah bagaimana aku mahu habiskannya. Kejayaan yg sebenar bukan dgn meletakkan diri kita di hadapan. Tetapi dengan meletakkan Allah sebagai matlamat, Rasul sebagai Qudwah, Al Quran sebagai perlembagaan, jihad sebagai jalan, dan menginginkan hidup kita diakhiri dengan husnul khatimah, syahid di jalan Allah. Dan bagaimanakah kita mengetahui bila jiwa kita akan di ambil oleh Allah. Maka setiap saat kita mesti bersedia utk menghadapi pengakhiran kita. Syurga itu bukanlah sesuatu yg murah, syurga itu bukan utk orang yg hanya meletakkan dirinya di depan, sedang segala yg lain di belakang. Bukan utk org yg meletakkan kepentingan dirinya di hadapan ummat, meletakkan keinginan dirinya dihadapan seruan kepada Allah. Bagaimanakah dapat sampai ke fikiran kita bahawa mendapatkannya suatu yg mudah. Sirah tidak membuktikan sebegitu. Sirah Ar Rasul menunjukkan perjuangan demi perjuangan yang diharungi oleh para sahaabat utk mencapai kedudukan yg tinggi di sisi Allah, perjuangan menundukkan nafsu, perjuangan menguji keberanian diri, perjuangan mengorbankan diri dan harta, perjuangan mendahulukan tugas manusia sebagai 'abd kepada Allah ke atas selainnya. Adalah amat penting utk sentiasa disematkan didalam hati setiap daie bahawa sesiapa yg membawa tugas Rasulullah akan sentiasa berada di dalam petunjuk dan lindungan Allah. Saidina Abu Bakar ketika berada bersama Rasulullah di dalam Gua Thur, merasai perasaan ini ketika keluar dari lidah Rasulullah, "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: ""Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita."" Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." 9:40 Kerana Allah tidak mewahyukan kepada Rasulullah bahawa hanya baginda yg dilindungi, tetapi kedua2 mereka dilindungi. Kerana tiada yg dibawa oleh Abu Bakar itu melainkan petunjuk yg diamanahkan kepadanya oleh Rasulullah. Setiap daie harus meyakini bahawa jika kita membawa amanah Allah dengan sebenar benarnya, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita, memberi petunjuk dan melindungi kita di sepanjang jalan ini. ad'uu ilallah ala basiiratin.. Ibn Kathir menafsirkan "basiiratin" sebagai "keyakinan". Di mana setiap daie harus menyeru manusia kepada Allah dengan keyakinan bahawa dia sedang membawa petunjuk dari Allah, dan Allah sentiasa bersamanya. Sepertimana Abu Bakar ketika menerima Islam, terus keluar menyeru sahabat2 nya kepada Islam sedang dia tidak mengetahui melainkan Tiada Ilah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Seorang ulama' pernah berkata, bukan logika penjelasan itu yg menentukan kejayaan sesuatu seruan tetapi ketaqwaan penyampainya. |
:
0 Comments:
Post a Comment
<< Home